Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Semangat Perpaduan Bukan Hanya di Atas Kertas atau Bait Lagu

By 9 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Perpaduan seharusnya menjadi cara hidup dan amalan pada semua masyakat Malaysia.

“Ianya bukan rekayasa yang hanya indah di atas kertas dan bait lagu sahaja dan  merupakan asas utama yang berupaya menguatkan seluruh rakyat Malaysia menjadi anak watan dengan semangat jati diri yang tinggi,” kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasamy.

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis telah di sempurnakan oleh Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad Kangar.

Saraswathy berkata demikian di Majlis Sambutan Minggu Perpaduan  Peringkat Negeri Perlis 2025 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, di sini semalam.

“Sesungguhnya, setiap apa yang kita laksanakan pada hari ini adalah satu pelaburan yang sangat besar bagi generasi akan datang dan usaha ini memperlihatkan semua masyakat termasuk pemimpin perlu senada menanam pohon-pohon perpaduan,” ujarnya.

Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, berkenan hadir merasmikan sambutan.

Turut berangkat hadir, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Ibni Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Mengiringi baginda berdua, Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sarawathy (enam dari kiri) Kandasami bergambar kenangan dengan para peserta larian ceria sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad Kangar Perlis.

Tambah Sarawathy lagi, Sambutan Minggu Perpaduan adalah satu program utama yang di rancang di bawah Kluster Senarai Perpaduan dengan matlamat untuk menyemarakan semangat perpaduan serta menyerluaskan pengetahuan, kefahaman dan pengahayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya serta bermatlamat untuk mencapai kekuatan hubungan dan konsep Malaysia Madani dalam semua masyakat perbilang kaum di negara ini.

“Kementerian Perpaduan turut mengambil langkah menyeramakan lagi Program Kembara Perpaduan dalam usaha memupuk semangat patriotik, taat setia dan perasaan cintakan negara dalam memahami dan menghayati perlembagaan dan Rukun Negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi serta mempunyai jati diri yang kukuh,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis Hanita Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda