
Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd Khairul Nizam Yunus (Negeri Sembilan)
JEMPOL, 21 Jun (MalaysiaAktif) β Program Sentuhan MADANI FELDA yang mana ideanya dicetuskan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, telah mencapai objektifnya.

Ketika melawat reruai PDRM
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara kerajaan negeri dan masyarakat, warga FELDA khususnya sedang berlangsung selama dua hari dari 21 hingga 22 Jun 2025, bertempat di Dewan Orang Ramai Serting Hilir Kompleks, Jempol.
Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kebersamaan antara warga FELDA dan kerajaan Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti diselitkan bagi memeriahkan suasana, antaranya Family Fun Walk yang menarik penyertaan sehingga 1,500 orang peserta, pertandingan Robotik, pertandingan bola sepak dan sebagainya.

Antara tetamu yang hadir
βAnak-anak muda FELDA adalah diingatkan agar tidak terpengaruh dengan fitnah dan adu domba yang cuba dibawa masuk untuk memecah-belahkan masyarakat FELDA, sebab itu program sebegini dibuat untuk merapatkan silaturrahim yang telah terbina utuh sejak dahulu lagi,β ujar Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika berucap merasmikan program pagi tadi.
Dalam program yang sama, Datuk Seri Jalal juga berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 150 pelajar cemerlang SPM 2024 Daerah Jempol.
Turut hadir, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA, Muhammad Haidir Moin serta Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Raja Alias, Mohd Nazri Jamaludin.
-AA-