
Laporan/Foto: Regina Lasia (Sarawak)
LONG LAMA, 24 Jun (MalaysiaAKtif) ā Program Slot Khas NADI x Komuniti MADANI yang berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Long Lama semalam berjaya menghimpunkan penduduk dari Komuniti MADANI Long Lama dan Long Laput dalam satu sesi yang penuh dengan informasi, pengisian bermakna serta manfaat kepada komuniti setempat.

KM Long Lama dan KM Long Laput tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Harnoamy.
Program itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan Daerah Telang Usan (JAPEN) dan Pusat NADI, bertujuan memperluaskan akses kepada maklumat, teknologi digital serta pelbagai inisiatif kerajaan, khususnya kepada komuniti luar bandar.
Menurut Pengurus NADI Long Lama, Harnoamy Ling Jau, 35, program seumpama ini bukan sahaja memperkenalkan kemudahan dan fungsi pusat NADI, malah membuka ruang pembelajaran dan pemerkasaan secara menyeluruh kepada masyarakat luar bandar.

Ujian kandungan gula dalam darah (glukosa) peserta KM Long Lama, Patrick Ding, oleh Harnoamy.
āSaya menyeru seluruh Komuniti MADANI agar bersama-sama menyebarkan maklumat dan mengajak lebih ramai ahli masyarakat untuk menyertai program serta perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI.
Ini merupakan peluang terbaik untuk kita memanfaatkan sumber digital yang tersedia demi kesejahteraan dan kemajuan bersama,ā jelas beliau.
-RJ-