Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Titah Langkah Preventif Elak Kemalangan JRTB Gerik Jeli Perlu Diambil

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah banyak langkah preventif perlu diambil susulan kemalangan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik Jeli yang sering berlaku.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang juga merupakan Canselor UPSI menzahirkan dukacita kepada keluarga mangsa pelajar UPSI.

Menerusi kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik, baginda bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang telah meragut 15 nyawa secara tragik dan mengerikan.

“Baginda menitahkan semua pihak yang berkaitan wajib menjadikan tragedi ini sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan, terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah.

Tambah Meor Hezbullah lagi, baginda menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan keluarga mangsa dan berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini.

“Baginda turut mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dilimpahi rahmat ihsan Illahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihin dan para solehah.

Baginda bersama Tuanku Zara Salim yang juga merupakan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenan bercemar duli berangkat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh di sini semalam bagi menziarahi keluarga mangsa pelajar UPSI yang terlibat dengan tragedi Kemalangan JRTB Gerik Jeli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda