
Laporan/foto: Nur Arinnica Arif/Muhammad Fariq Kamarudin (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 24 Jun (MalaysiaAktif) ā Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia masih belum mengamalkan teknik memberus gigi yang betul, dipercayai berpunca daripada kurangnya pengetahuan asas tentang penjagaan kebersihan mulut.
Sehubungan itu, program My Brush Hour Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Datuk Menteri, di sini hari ini, bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai teknik memberus gigi yang tepat serta amalan pemakanan sihat untuk kesihatan oral yang berpanjangan.

Perasmian My Brush Hour Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Salah seorang guru Taska Cemerlang TLS Kluang Noor Azuara Mahat, berkata penyertaan beliau dalam program ini adalah peluang terbaik untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak.
āDi taska, kami memang mengajar anak-anak cara memberus gigi, tetapi mereka masih belum begitu mahir.
āProgram seperti ini sangat membantu memperlihatkan kepada mereka teknik yang betul secara praktikal,ā katanya ketika ditemui selepas perasmian program.
Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon.

Program My Brush Hour Peringkat Kebangsaan 2025 bertujuan untuk mendidik orang ramai khususnya kanak-kanak mengenai teknik memberus gigi yang tepat serta amalan pemakanan yang sihat.
Noor Azuara turut menambah bahawa program ini turut memberi pendedahan kepada jenis makanan yang baik dan kurang sesuai untuk kesihatan gigi.
āKalau maklumat program ini diterima lebih awal, pasti kami akan ajak ibu bapa turut serta kerana ini ilmu yang sangat penting untuk mereka juga.
“Diharap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan,ā katanya.
Noor Azuara turut menekankan bahawa amalan kebersihan seharusnya diterapkan sejak kecil agar menjadi budaya dalam kehidupan seharian apabila dewasa kelak.
-ZS-