Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Terima Sokongan Kerajaan, Dua Beradik Usahakan Kebun Jagung di Kampung Bukit

By 33 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ku Nurul Sham Ku Isa/Md Zabata Ibrahim (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Kecekalan dua beradik dari Kampung Bukit dalam mengusahakan tanaman jagung membuahkan hasil apabila mereka menerima bantuan kerajaan berjumlah RM20 ribu dalam bentuk barangan menerusi Program Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Siti Noor Aishah menunjukkan hasil jagung beliau.

Siti Noor Aishah Saleh, 40, dan adiknya Muhammad Yunus Saleh, 32, mengusahakan kebun jagung seluas lima relung di kampung tersebut sebagai satu sumber pendapatan utama keluarga.

Bantuan yang diterima termasuk input pertanian, peralatan dan kemudahan asas yang amat membantu dalam mempertingkatkan operasi kebun mereka.

“Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan ini.

Hasil benih jagung Varieti GWG G907.

“Ia memberi kami semangat untuk terus maju dalam bidang pertanian,” kata Siti Noor Aishah ketika ditemui di kebunnya, di sini semalam.

Antara langkah yang diambil untuk memastikan kelangsungan hasil tanaman adalah pemasangan pagar elektrik di sekeliling kebun bagi mengelakkan gangguan dan kerosakan akibat haiwan liar seperti babi hutan, yang sering menjadi ancaman kepada tanaman jagung.

Usaha dua beradik ini membuktikan bahawa pertanian moden mampu menjadi kerjaya yang menguntungkan jika diusahakan secara serius dan dibantu dengan sokongan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda