
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Mohd Khairi Sidik (Kedah)
ALOR SETAR, 4 Jun (MalaysiaAktif) – Terminal Shahab Perdana (TSP) ialah terminal bas utama di Alor Setar dan merupakan hab penting untuk perjalanan bas ekspres ke pelbagai destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia kini berwajah baru.

Terminal Shahab Perdana (TSP) berwajah baru.
Hasil tinjauan wartawan Malaysia Aktif pagi tadi mendapati terminal terletak di Jalan Sultanah Sambungan, Shahab Perdana, telah kembali beroperasi setelah fasa pertama naik taraf yang melibatkan Sistem Tiket Berpusat selesai.
Menurut salah seorang pengunjung, Mohd Samas Ghulam Yasin, 60, berkata beliau sangat gembira melihat perubahan yang baru diterminal ini.
“Terminal ini telah berubah lebih cantik dan sistematik, banyak kemudahan disediakan disini seperti kaunter tiket yang baru,dan mesin tiket dalam talian,” katanya.

Mesin tiket boleh dibeli secara dalam talian.
Syarikat swasta sedang menyepadukan sistem pembelian tiket bas dalam talian dengan lebih 20 pengusaha bas dan semua kaunter tiket akan terus beroperasi sehingga sistem ini siap sepenuhnya.
Fasa kedua naik taraf dijadualkan tahun depan akan melibatkan pembinaan lot perniagaan, hotel bajet dan gerai makan.
-ZS-