Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Usaha Memperkasa TVET Kini Diyakini Rakyat

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisha Farnoh

AYER KEROH, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Usaha untuk memperkasa program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diterima dan diyakini rakyat.

“Keadaan berubah, dan perubahan itu berlaku dengan kepesatan yang sangat membanggakan.

Gimik peluncuran program disempurnakan oleh Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan usaha, ikhtiar yang dilakukan oleh semua pihak yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Zahid dalam Majlis TVET Negara itu memberikan kesan dan menunjukkan keyakinan rakyat, ibu bapa dan anak-anak kepada masa depan TVET negara ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini semalam.

Menurutnya lagi. hampir 500 ribu pelajar-pelajar menyertai TVET dan tahun ini sahaja mencatatkan kemasukan pendaaftaran pelajar sehingga 140,000 orang.

Kehadiran orang ramai dalam majlis tersebut.

Lebih 80,000 orang dijangka membanjiri sambutan yang berlangsung tiga hari dari 11 Jun lalu hingga hari ini yang menampilkan tujuh HUB interaktif gabungan pendidikan, kerjaya, teknologi dan hiburan semuanya dalam satu acara berimpak tinggi.

Antaranya Pameran TVET – Solusi latihan dan program institusi; Keusahawanan TVET – Kisah inspirasi dan produk usahawan; Kerjasama Industri – Teknologi terkini dan perkongsian profesional; Infotainmen TVET – E-sukan persembahan dan konsultasi; Konvensyen TVET – Wacana revolusi pendidikan TVET; Karnival Kerjaya – Temu duga terbuka dan peluang pekerjaan serta Pertandingan Kemahiran – Cabaran robotik, drone dan Try-A-Skill.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda