Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Wan Azizah Lawat Mangsa Kemalangan di Hospital Taiping

By 15 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/ Hospital Taiping

TAIPING, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Hospital Taiping, kelmarin bagi menziarahi pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding.

Wan Azizah disambut oleh Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat di Lapangan Terbang Tekah, Taiping.

Menurut Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat, lawatan ringkas Wan Azizah telah sedikit sebanyak mententeramkan emosi mangsa kemalangan.

“Diharapkan pelajar-pelajar UPSI yang menerima rawatan diberi kesihatan dan kesembuhan sebaiknya.

“Saya yakin dan percaya para doktor dan kakitangan Hospital Taiping sentiasa bersedia dan memberi perkhidmatan terbaik kepada para pesakit yang turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sesi bergambar bersama Wan Azizah di Hospital Taiping sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Turut hadir isteri kepada Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin, Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Teh Kok Lim, Timbalan Naib Canselori Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin,
Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah dan Pengarah Hospital Taiping Dr. Khuzaini Abd Karim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda