
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)
BATU PAHAT, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Keunikan Pantai Minyak Beku bukan sahaja terletak pada pemandangannya yang indah, malah menjadi sumber rezeki bagi penduduk setempat yang bergantung kepada hasil laut, termasuk tiram dan kepah.
Seorang wanita tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, berusia dalam lingkungan 40-an dan menetap di Kampung Minyak Beku, menjadikan rutin mengutip kepah dan tiram di pesisir pantai sebagai sumber pendapatan harian.

Dalam masa lebih kurang empat jam sehari, Ida mampu mencari antara satu hingga tiga kilogram tiram atau kepah, bergantung kepada keadaan laut.
Menurut Ida, beliau akan ke pantai setiap petang ketika air laut surut bagi mencari tiram dan kepah yang melekat pada batu sepanjang hampir satu kilometer di sepanjang pantai tersebut.
“Waktu surut begini memang masa terbaik untuk cari tiram. Dekat sini memang sentiasa ada, tidak pernah tidak ada,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.
Aktiviti tersebut akan mengambil masa lebih kurang empat jam sehari dan hasilnya mampu mencecah antara satu hingga tiga kilogram tiram atau kepah, bergantung kepada keadaan laut.

Kadangkala, Ida turut ditemani anak lelakinya yang membantu menyusuri pantai bagi mengutip hasil laut tersebut.
“Kalau banyak, boleh dapat sampai tiga kilogram. Lepas itu saya basuh dan jual. Duit jualan itu saya guna untuk beli barang dapur dan keperluan anak seperti pampers (lampin),” katanya.
Kadangkala, beliau turut ditemani anak lelakinya yang membantu menyusuri pantai bagi mengutip hasil laut tersebut.
Pendekatan gigih Ida dalam mencari rezeki menggambarkan kecekalan masyarakat luar bandar yang memanfaatkan hasil alam sekitar demi kelangsungan hidup, terutama dalam suasana ekonomi yang mencabar masa kini.
-FN-