
Laporan/foto: M Zakry Chan
PAYA RUMPUT, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Meskipun zaman sudah berubah, wayang pacak terus menjadi platform hiburan dan informasi yang menarik, terutama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Program Wayang Pacak masih relevan, mampu menarik orang ramai terutama generasi muda.
Suasana menonton wayang pacak yang unik dan berbeza daripada menonton di pawagam atau di rumah dapat menghidupkan kembali nostalgia masa lalu.
Menurut Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Krubong Heights, Zaki Hamsah,36, program dirangka dengan cara yang kreatif dan menarik, pasti dapat menarik minat generasi muda untuk bersama dalam program kemasyarakatan dan kesukarelawan yang menjadi tunjang kepada kemakmuran Negara.

Antara yang hadir menyasikan wayang pacak sambil santai bersama keluarga.
“Selain berhibur wayang pacak juga boleh digunakan untuk menyebarkan informasi penting kepada masyarakat, antaranya info berkaitan semangat kejiranan, perpaduan kaum, keselamatan, wabak denggi, penipuan dalam talian dan banyak lagi.
“Secara keseluruhan, wayang pacak bukan sekadar hiburan, tetapi juga merupakan medium yang penting untuk melestarikan budaya dan memperkukuh ikatan sosial dalam masyarakat,” ujarnya ketika Program Wayang Pacak dan Malam Mesra Tak Kenal Maka Tak Cinta, anjuran KRT Taman Krubong Heights Fasa 1, di sini kelmarin.
-ZS-