
Laporan/foto: Muhammad Faris Suhaimi (Jasin)
BEMBAN, 24 Jun (MalaysiaAktif) – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban disifatkan sebagai platform berkesan untuk menyelami isu rakyat dan menyelaras tindakan secara terus antara agensi kerajaan dan komuniti.

Gimik penanaman pokok
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, berkata sebelum program ini bermula, isu-isu rakyat telah dikenal pasti dan dikumpulkan melalui laporan daripada JAPERUN serta pegawai perhubungan setempat.

Gimik perasmian WRUR
Berdasarkan laporan tersebut, kementerian dan agensi terlibat telah memulakan gerak kerja bagi meneliti dan menyelesaikan keperluan rakyat, khususnya dalam aspek infrastruktur, pendidikan dan sosial.
“WRUR DUN Bemban yang berlangsung dari 22 Jun hingga 7 Julai turut menampilkan pelbagai program melibatkan masyarakat, belia dan pelajar sekolah. Turut dianjurkan ialah Hari Bertemu Rakyat pada 4 Julai bertempat di Kompleks JAPERUN Bemban, yang menghimpunkan agensi kerajaan dan pemimpin bersama komuniti setempat,” ujarnya.
“Program ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam mendekati rakyat serta menyelesaikan permasalahan secara menyeluruh di peringkat akar umbi,” tambahnya.
-AA-