Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Yayasan Bawal Komited Memperkasakan Pendidikan Masyarakat Orang Asli

By 9 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/Hasmawati Karodda

TEMERLOH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Yayasan Bawal komited memperkasakan transformasi pendidikan Orang Asli menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat Orang Asli di Parlimen Kuala Krau, di sini Rabu lalu.

Gotong-royong merapatkan ukhuwah antara peserta dan orang ramai.

Menurut Penyelaras DUN Jengka Datuk Sri Ismail Said, sumbangan ini dapat menyuntik semangat khususnya anak-anak Orang Asli di Parlimen Kuala Krau.

“Alhamdulillah syukur, melalui program Moh Melemang dan Program Transformasi Pendidikan Masyarakat Orang Asli Parlimen Kuala Krau 2025 yang berlangsung dengan jayanya ini menarik perhatian agensi luar untuk memberikan sumbangan,” katanya.

1,000 batang lemang berjaya dibakar melalui program ‘Moh Melemang’.

Ujarnya lagi, Yayasan Bawal telah menyerahkan Cek Cura kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah keseluruhan RM150,000 untuk tujuan memperkasakan pendidikan.

“Kerjasama yang terjalin antara YPM dan Yayasan Bawal dapat meningkatkan lagi pendidikan anak bangsa,” katanya.

YPM juga turut menyampaikan sumbangan Smart TV kepada SK Penderas untuk tujuan memudahkan lagi sesi pembelajaran di sekolah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda