Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Banci Pertanian: Asas Penting Penggubalan Dasar Berasaskan Bukti Nyata

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd KhairulNizam Yunus (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 4 Jul (MalaysiaAktif) – Banci Pertanian 2024 merupakan usaha nasional yang amat besar ertinya kepada negara amnya dan kepada Negeri Sembilan khususnya dalam memperkasakan maklumat sosial, ekonomi serta alam sekitar bagi setiap pengusaha pertanian yang melaksanakan aktiviti jualan.

Menteri Besar menandatangani plak peluncuran.

Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 Datuk Seri Dr. Uzir Mahidin, yakin bahawa dapatan Banci Pertanian 2024 ini akan dijadikan sebagai penanda aras sektor pertanian negara dalam penggubalan dasar bagi memacu pemodenan sektor ini untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Banci Pertanian 2024 ialah usaha nasional yang amat besar ertinya. Ia merupakan banci kali pertama selepas 19 tahun merangkumi seluruh subsektor pertanian meliputi tanaman, ternakan, perikanan, perhutanan dan pembalakan,” katanya lagi semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sembilan, di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mohd Uzir menyampaikan ucapan aluan.

Dalam pada masa yang sama juga, sebagai langkah memperkasakan statistik pertanian yang mampan,

Portal Sistem Statistik Pertanian Bersepadu atau dikenali sebagai TaniStats yang memberikan manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan maklumat seperti harga pasaran produk pertanian turut dilancarkan.

Turut hadir Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Peringkat Negeri dan Persekutuan.

-FN-

Tinggalkan komen anda