Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bubur Asyura Rapatkan Hubungan Penduduk Setempat

By 39 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayani Hashim/Fauziah Wahab (Kedah)

GURUN, 5 Jul (MalaysiaAktif) – Program kacau bubur Asyura merupakan salah satu tradisi masyarakat yang masih diamalkan sehingga hari ini, terutamanya ketika bulan Muharam.

Penduduk pelbagai peringkat umur menyertai gotong-royong memasak bubur Asyura.

Aktiviti itu bukan sahaja memperingati peristiwa sejarah dalam Islam, tetapi berfungsi sebagai wadah merapatkan silaturrahim antara penduduk.

Program JIWA@Komuniti MADANI Gurun Selatan, di sini hari ini menyaksikan penduduk memasak sebanyak lima kawah bubur Asyura secara bergotong-royong untuk diagihkan kepada penduduk di 250 buah rumah.

“Program ini diadakan setiap tahun pada bulan Muharam di kawasan perumahan ini.

“Setiap tahun, penduduk Taman Perumahan Perwaja Gurun akan bergotong-royong menyediakan bahan dan memasak bubur Asyura,” kata salah seorang penduduk, Nurul Azzila Ab Kadir, 38, ketika ditemui, pagi tadi.

Bubur Asyura siap dimasukkan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada para penduduk.

Sememangnya, kerjasama yang terjalin menerusi program berkenaan akan memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan antara generasi.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada penduduk untuk saling berkenalan dan bekerjasama dalam suasana yang harmoni.

Apa yang pasti, program kacau bubur Asyura bukan sekadar aktiviti memasak tetapi menjadi simbol perpaduan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Tradisi itu wajar diteruskan agar nilai-nilai murni dapat terus disemai dalam kalangan generasi akan datang.

-FN-

Tinggalkan komen anda