Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Dapur Digital Lonjal Ekonomi Golongan Rentan

By 39 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 10 Jul (MalaysiaAktif) – Program Dapur Digital membuka ruang kepada usahawan kecil khususnya wanita, ibu tunggal dan belia menjana pendapatan melalui platform digital selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti.

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Ismadi Sakirin DBKL, berkata inisiatif yang dilaksanakan berimpak tinggi dan menyasarkan pemerkasaan ekonomi komuniti bandar khususnya dalam kelompok B40.

Ismadi Sakirin, melancarkan Karya Komuniti dan Dapur Digital Sentul Utama

“Sebagai tanda komitmen dan sokongan berterusan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan pengecualian sewa selama dua tahun bagi premis perniagaan milik DBKL di kawasan ini kepada usahawan komuniti yang terlibat dalam program ini,” katanya yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika melancarkan Karya Komunti dan Dapur Digital di Perumahan Sentul Utara, di sini semalam.

“Dengan pertambahan 10 Dapur Digital lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia diharap dapat mencapai sasaran sama seperti lima Dapur Digital sebelum ini yang dilaksanakan oleh Pepper Labs dan Kementerian Kewangan. DBKL sentiasa menyokong inisitif ini bagi kelompok B40 atau komuniti setempat untuk menambah dan menjana pendapatan masing-masing dalam usaha kerajaan mengurangkan kemiskinan bandar.

“Inisiatif ini adalah usaha menyeluruh bagi mengukuhkan ekonomi komuniti setempat dan menangani isu kemiskinan bandar secara strategik dan berkesan. Program ini juga seiring dengan matlamat kerajaan untuk membina masyarakat yang berdaya tahan, celik teknologi dan berdikari dalam dunia ekonomi moden dan membuka peluang perniagaan dengan lebih luas lagi,” katanya.

KAtanya lagi, kerajaan melalui kerangka Malaysia MADANI sentiasa berusaha memperkasakan rakyat, dengan memberi tumpuan kepada nilai keadilan, keterangkuman dan kemampanan.

Pengurus Dapur Digital Perumahan Sentul Utama, Nadia Muslemin.

Pengurus Dapur Digital Perumahan Sentul Utama Nadia Muslemin, berkata Dapur Digital adalah dapur untuk komuniti.

“Ianya bukan sahaja untuk pembelajaran jenis kuih-muih tetapi juga untuk kelas seperti gubahan bunga, masakan dan sebagainya. Dapur Digital adalah sangat bagus dalam menjana pendapatan dan ia membuka pintu kepada transformasi kehidupan,” katanya.

Tambahnya, usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan MADANI ini berupaya mewujukan komuniti memiliki perniagaan sendiri, menjana pendapatan yang lebih stabil dan lebih penting menjadi pemimpin dalam ekosistem ekonomi komuniti masing-masing.

-RI

Tinggalkan komen anda