
Laporan/foto: Khairul Azad/Roziman Mahmudin (Labuan)
LABUAN, 5 Julai (MalaysiaAktif) – Fiesta Rakan Muda Peringkat Labuan menjadi medan mengekspresikan bakat dan potensi belia di pulau itu melalui 10 gaya hidup rakan muda.

Salah satu pasukan unit beruniform yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki
Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mahanum Fauzi pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya Pertandingan Kawad Kaki, Doodle Arts, Pertandingan Inovasi Kitar semula dan Rakan Muda E-Sukan.
“Program ini adalah untuk kita cungkil bakat anak muda kita dalam seni kreatif, disiplin kawad kaki, bidang inovasi program kitar semula dan rakan aktif dalam e-games yang menjadi minat anak muda kita,” katanya ditemui pada program itu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pagi tadi.
Program disertai lebih 500 remaja dan belia berusia 15 hingga 30 tahun itu disempurnakan Pengarah UMSKAL Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

Pertandingan Doodle Arts yang turut dibuka kepada belia yang berusia sehingga 30 tahun
Sementara itu, Shamsul Bahari berkata program berkenaan amat signifikan kepada generasi muda dalam usaha membentuk masyarakat MADANI pada masa depan.
“Kita juga ada kelompok mahasiswa yang mana kita akan sama-sama menyumbang kepada kemajuan akademik, keterampilan sosial dan juga kemampanan adab dalam bermasyarakat bersama dengan komuniti,” katanya.
-AA-