Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Hospital Pasir Gudang Mula Beroperasi 1 Ogos Ini

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Hospital Pasir Gudang (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Hospital Pasir Gudang yang dibina dengan kos RM500 juta akan beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos ini, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk sekitar terutama di Pasir Gudang.

Dr. Dzulkefly, berkata hospital yang mula dibina pada tahun 2020 ini menempuh pelbagai rintangan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19 namun akhirnya siap mengikut jadual iaitu pada 12 Jun 2025.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital baharu di Bandar Seri Alam itu akan membantu mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Hospital ini dilengkapi dengan 304 katil, 20 bilik rehat khas untuk doktor serta 14 perkhidmatan kepakaran, selain dilengkapi fasiliti moden yang canggih dan efisien,” katanya pada Majlis Penyerahan Hospital Pasir Gudang, di sini kelmarin.

Menurutnya penubuhan hospital berkenaan merupakan langkah strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dr. Dzulkefly meninjau beberapa fasiliti yang terdapat di Hospital Pasir Gudang.

“Ini adalah sebahagian usaha berterusan KKM dalam menjaga kebajikan rakyat serta memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan menyeluruh dapat dinikmati penduduk, khususnya di Pasir Gudang,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, Ketua Setiausaha KKM Datuk Sri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir. Roslan Ismail.

-FN-

Tinggalkan komen anda