Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

INSKEN, MAIWP Perkasa Usahawan Labuan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited dalam usaha memperkasa usahawan di pulau itu.

Mustaffa Kamil semasa menyampaikan ucapan perasmian SUM:PPS

Menurut Pengerusi INSKEN Mustaffa Kamil Ayub, pihaknya sentiasa komited menjalankan pelbagai program latihan dan bimbingan keusahawanan di seluruh pelusuk negara khususnya di Labuan yang turut memberi fokus kepada peningkatan jualan dan penciptaan peluang pekerjaan.

“Seramai 320 usahawan di Labuan menyertai program Seminar Usahawan MADANI : Pembangunan Produk dan Servis (SUM:PPS) Wilayah Persekutuan Labuan 2025 yang dianjurkan INSKEN dengan kolaborasi MAIWP serta agensi-agensi Kerajaan seperti TEKUN, PERKESO serta iGROW.

Mustaffa Kamil (tiga dari kiri) beramah mesra bersama para usahawan tempatan.

“Seramai 30 usahawan yang terpilih akan menjalani sesi penilaian produk dan servis (assessment) bersama coach dan pemain industri bagi mendapatkan maklum balas terus terhadap produk mereka,” katanya semasa merasmikan seminar itu, di sini semalam.

Jelasnya lagi, seminar itu adalah nilai tambah penting yang bertujuan membantu mereka memperbaiki dan memperkukuh produk agar benar-benar bersedia untuk berada di dalam pasaran.

“Ilmu pengetahuan keusahawanan yang diterapkan terbukti bukan sekadar teori namun memberi impak dan membuahkan hasil,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda