Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

IOW Hebahkan Dasar Kerajaan kepada Masyarakat Padang Terap

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

PADANG TERAP, 11 Jul (MalaysiaAktif) – Kampung Pong Utara dan Kampung Genting Palas, di sini menyambut baik inisiatif turun padang Program Info on Wheels (IOW) dalam menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan secara langsung kepada penduduk kampung.

Hidayah mengedarkan risalah berkenaan ‘Internet Selamat’ kepada orang ramai.

Seorang penduduk Ismail Saad, 74, yang ditemui di sebuah warung kopi di Kampung Pong Utara, semalam menyambut baik usaha tersebut.

“Memang bagus apabila wakil kerajaan turun sendiri menerangkan isu-isu semasa.

“Kalau baca di Facebook atau tengok video TikTok pun, kami pesara ni bukan faham sangat,” katanya sambil memuji pendekatan secara bersemuka yang lebih mudah difahami.

Dalam sesi tersebut, Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Padang Terap telah menyampaikan ceramah ringkas penstrukturan semula tarif elektrik bagi memberi kefahaman yang jelas kepada orang awam tentang kesannya kepada pengguna domestik dan industri.

Edaran risalah ‘Internet Selamat’ kepada peniaga kedai runcit di Kampung Genting Palas.

Selain itu, isu keselamatan dalam talian turut diberi penekanan, khususnya berkaitan perlindungan data peribadi dan pencegahan penipuan siber.

Selain mengunjungi beberapa warung dan lokasi tumpuan seperti nat harian di sekitar kampung berkenaan, kakitangan PPD Padang Terap juga mengedarkan risalah berkaitan ‘Internet Selamat’ yang mengandungi panduan ringkas dan langkah-langkah penting untuk memastikan penggunaan yang selamat dan beretika.

Program ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat secara terus daripada sumber rasmi, di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda