Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kelestarian ADTREC Melahirkan Masyarakat Cintakan Alam Sekitar

By 4 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Faeizah Ahamad (Kota Setar)

KOTA SETAR, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) adalah satu usaha dan inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Titi Gajah Alor Setar yang patut dipuji dan dijadikan ikutan umum.

Sesi pendaftran hhli melalui kod QR.

Kaedah ini juga mampu mendidik masyarakat agar mengutamakan kebersihan di samping memacu agenda kelestarian alam tercapai.

ADTREC bukan sahaja sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula, tetapi menggabungkan teknologi digital, automasi dan prinsip ekonomi untuk membentuk sebuah ekosistem yang mampu beroperasi 24 jam tanpa tenaga kerja tetap.

Pengarah Urusannya, Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal, ADTREC turut menawarkan perlindungan insurans asas kemalangan diri melalui Trash4Protection.

“Ini adalah contoh terbaik bagaimana amalan kitar semula boleh diperluaskan manfaatnya kepada alam sekitar, bahkan kepada perlindungan sosial masyarakat.

Tatacara pembuangan bahan terbuang oleh Pengerusi JPKKP Kampung Titi Gajah.

“Malah dengan kelebihan menyumbangkan bahan kitar semula bernilai RM12 setahun, individu layak menerima perlindungan termasuk
khairat kematian, bantuan perubatan dan kos pengkebumian,” katanya, di sini kelmarin.

Bagi bulan Jun 2025, pusat operasi ini telah berjaya membuat kutipan mencecah sehingga 12,249 kilogram.

Turut hadir Penghulu Mukim Titi Gajah Mohd Ridzuan Abd Razak dan Ketua Komuniti MADANI Anak Bukit Zon A Dr. Sobri Sudin.

-FN-

Tinggalkan komen anda