Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Nelayan Dapat Manfaat PERKESO

By 21 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azs Saffie

JERAM, 4 Julai (MalaysiaAktif) – Urat putus di tulang bahu kiri akibat kemalangan jalan raya pada April lalu merupakan satu mimpi buruk buat Asri Baseri, 41 tahun.

Asri berkata, ketika kejadian motorsikal yang dinaiki hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di sini setelah selesai bekerja sebagai nelayan di Pasir Penambang.

Kemalangan juga turut menjejaskan punca pendapatan keluarga.

“Bagaimanapun saya bersyukur hasil caruman yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) secara tahunan dapat dimanfaatkan pada waktu ini,” katanya yang juga pencari nafkah tunggal keluarga.

“Isteri tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa menjaga anak yang masih kecil berumur tiga tahun. Manalah pula punca pendapatan untuk menyara keluarga bila diuji begini,” ujarnya lemah.

“Saya menyeru kepada mereka yang menjalankan pekerjaan sendiri seperti di dalam Sektor Perikanan, Pembuatan, Pembinaan, Penjaja, Premis Penginapan, Perniagaan Online, Pertanian, Ejen dan Perkhidmatan Sokongan mencarum bersama skim ini sekaligus mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar,” jelasnya.

Hadir sama dalam lawatan Skuad Prihatin kelmarin, Mohd Maskor Tumiran, Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor, Roseman Muhamad Damanhuri, Pengurus Pejabat PERKESO Tanjong Karang dan Mohd Adhar Mesari, Ketua Komuniti MADANI Pekan Assam Jawa.

-AA-

Tinggalkan komen anda