Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

‘Omni Present’ JIM Labuan Tingkatkan Kesedaran Undang-Undang Keimigresenan

By 51 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan

LABUAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Kaedah operasi secara ‘Omni Present’ diharap akan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu pelanggaran undang-undang keimigresenan.

Seramai 52 orang telah diperiksa dalam Ops Gegar di lima buah premis pusat hiburan.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan Raymond Entalai, selain menjalankan kaedah ‘Omni Present’ di sektor pembinaan, perkhidmatan, hiburan dan minyak dan gas, JIM Labuan juga akan memanjangkan kaedah itu ke sektor-sektor lain pada masa akan datang.

Raymond Entalai, berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, satu operasi dan ‘Omni Present’ iaitu Ops Gegar dijalankan JIM kira-kira pukul 10.00 malam semalam di lima buah premis pusat hiburan di sekitar pulau itu.

“Dalam operasi tersebut seramai 52 orang telah diperiksa yang terdiri daripada lima orang warga Filipina dan 47 orang warganegara Malaysia.

Kaedah operasi secara ‘Omni Present’ akan diperluas ke sektor-sektor lain.

“Sepanjang tempoh pemeriksaan, sebanyak lima Borang Imm.29 iaitu Saman Kepada Saksi telah dikeluarkan walau bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, PeraturanPeraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

-FN-

Tinggalkan komen anda