Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Iktiraf Sumbangan Masyarakat Orang Asli

By 13 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/JAKOA

IPOH, 4 Jul (MalaysiaAktif) – Lebih 600 orang peserta yang terdiri dari Batin serta Orang Asli Negeri Perak telah berhimpun di Majlis Simposium Komuniti Orang Asli Negeri Perak Bersama Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Dewan Banquet, Bangunan Kerajaan Negeri Perak, di sini kelmarin.

Penyampaian anugerah-anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Koporat (UKK) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), program ini telah memberikan sedikit suntikan penghargaan dengan menyaksikan beberapa anugerah telah diberikan bagi mengiktiraf sumbangan penerima selain pemberian saguhati kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

“17 orang pelajar Orang Asli seluruh Negeri Perak yang mendapat keputusan cemerlang 5A ke atas bagi SPM 2024 dan tiga orang pelajar yang mencapai CGPA 2.8 (Purata Nilai Gred Keseluruhan) dalam STPM telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2024 Negeri Perak.

“Seterusnya, Anugerah Kepimpinan Batin telah diberikan kepada Yang Beradat Batin Ali Long dari Kampong Takong, Pos Perwor manakala Muhammad Akmal Ila Ahmad dan Rasila Yas telah dinobatkan sebagai Anugerah Ikon Orang Asli Negeri Perak serta Nuadis Ngah Man dari Kampung Sungai Perah Daerah Perak Tengah juga diangkat sebagai penerima Anugerah Usahawan Orang Asli,” menurut kanyataan itu.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak.

Selain itu Koperasi Penanam Koko Orang Asli Pos Yum Sungai Siput Utara Berhad telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Orang Asli, Kampung Orang Asli Air Bah dari Daerah Hulu Perak sebagai penerima Anugerah SejaTi MADANI Kampung Orang Asli dan Kampung Orang Asli Lata Kinjang, Chendiriang turut dianugerahkan Anugerah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli.

Menurut UKK JAKOA, Kayuh D’Tonggang, Ulu Kinta telah menerima Anugerah Perak Sejahtera 2030 manakala Persatuan Orang Asli Perak turut menerima Anugerah Persatuan Orang Asli.

MalaysiaAktif turut dimaklumkan oleh Unit Korporat JAKOA bahawa jumlah terkini masyarakat Orang Asli di Negeri Perak ialah seramai 62,774 orang dan menetap di 258 buah kampung.

-FN-

Tinggalkan komen anda