
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA 7 Jul (MalaysiaAktif) – Ribuan pengunjung termasuk pelancong membanjiri Dataran Stadthuys, Banda Hilir, semalam sempena Majlis Pra-Peluncuran Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 serta Sambutan Ulang Tahun ke-17 Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Ketua Menteri Melaka ketika berucap.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata penganjuran WTD dan WTC 2025 bakal menjadi medan terbaik bagi mempromosikan pelancongan, keunikan seni, warisan dan budaya negeri Melaka ke peringkat antarabangsa.
“Selain mahu menonjolkan kepelbagaian seni dan kebudayaan Melaka, sambutan Pra-Peluncuran WTD memberi ruang untuk mengisi pelbagai program, pameran sejarah dan khazanah Melaka khususnya pada kurun ke-14 dan ke-15.

Ketua Menteri turut menyantuni orang ramai yang hadir.
“Melaka akan terus menjadi tumpuan dunia, WTD dan WTC 2025 bakal menghimpunkan lebih 3,000 delegasi dari 159 negara dan ini peluang terbaik untuk memperkenalkan lebih 800 inisiatif pelancongan baharu dan mengangkat Melaka sebagai destinasi pelancongan warisan utama dunia, bersama kita jayakan Sambutan WTD dan WTC 2025 September ini,” ujarnya.
-FN-