Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ramah Mesra MADANI Santuni Nelayan Perlis

By 4 jam yang laluTiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

ARAU, 11 Jul (MalaysiaAktif) – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis hari ini mengadakan program bantuan bertujuan meningkatkan kelengkapan, pendapatan dan kebajikan komuniti nelayan di kawasan Perlis Selatan.

Program ini merupakan sebahagian inisiatif berterusan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memastikan keberhasilan dan kelestarian industri perikanan tempatan.

Antara penerima di bawah Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

Majlis penyampaian bantuan yang berlangsung di Pusat Transformasi Nelayan (PNK) Perlis Selatan ini telah dilakukan oleh Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil.

Dalam majlis itu, LKIM menyerahkan enjin sangkut berkapasiti 40 kuasa kuda (hp) kepada dua nelayan yang layak, selain menyerahkan sampan, pukat dan kelengkapan lain kepada tiga penerima termasuk Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan kepada 12 nelayan lain yang memerlukan.

Menurut Muhammad Faiz, program ini dilaksanakan untuk memastikan nelayan mendapat sokongan penuh dalam meningkatkan hasil tangkapan serta memperbaiki taraf hidup mereka.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu nelayan menjalankan aktiviti mereka dengan lebih berkesan, selamat, dan mampu meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa program ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan golongan nelayan tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi negara serta mampu bersaing secara sihat dan berdaya saing.

Selain itu, kerajaan turut membantu nelayan yang terkesan akibat bencana alam melalui Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan. Bantuan ini disalurkan kepada nelayan yang mengalami kemalangan atau kerosakan pukat.

Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Perlis Norlaili Baharuddin@Hamdan dan Pengerusi Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis Jasni Hashim, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlus Asri Jab  dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan Abu Bakar Saad.

100 orang nelayan menerima bakul makanan.

Program ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan komuniti nelayan serta memastikan sumber makanan negara terus lestari dan mampu memenuhi keperluan rakyat.

Selain itu, seramai 100 nelayan di Perlis turut menerima bantuan makanan dan peralatan tangkap ikan menerusi Program Peningkatan Pendapatan – Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touchpoint) LKIM.

Program yang melibatkan peruntukan RM60,000 ini menyaksikan setiap nelayan menerima bakul makanan menjadikan jumlah keseluruhan RM7, 500 untuk membantu meringankan bebanan mereka serta menyokong kelangsungan aktiviti penangkapan ikan.

Bantuan kepada nelayan yang terjejas akibat bencana alam dan kemalangan, termasuk bantuan pukat dan pampasan berjumlah RM29,100.

Program-program ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan komuniti nelayan mendapat sokongan lengkap, memperkukuh ekonomi perikanan tempatan, dan mengekalkan kestabilan sumber makanan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda