
Laporan/foto: Zulkifli Othman/Hapi Zaini (Besut)
BESUT, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Latihan kesiapsiagaan bencana Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (REDEX) 2025 dilihat berhasil memantapkan tindak balas bersama antara agensi kerajaan dan komuniti luar bandar dalam menghadapi bencana.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ahmad Izram Osman berkata latihan berkenaan penting bagi memastikan semua pihak bersedia secara menyeluruh dan mampu bertindak pantas dan tersusun semasa krisis.

Anggota bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dalam kejadian runtuhan bangunan di REDEX 2025.
“Latihan ini bukan sekadar simulasi, tetapi pendekatan holistik merangkumi evakuasi, penyampaian maklumat kecemasan, bantuan awal serta pemulihan pasca bencana,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Pulau Perhentian, di sini kelmarin.

Yusof, berkata latihan ini beri mereka ilmu penting untuk menghadapi bencana.
Petugas Klinik Kesihatan Pulau Perhentian Mohd Ridzuan Mat Hussin berkata REDEX memberikan pendedahan berharga kepada petugas kesihatan dan penyelamat tentang pengurusan kecemasan secara efektif.
Bagi penduduk tempatan Mohd Yusof@Bidin Mohd Aris, 70, latihan tersebut memberi ilmu berguna dalam mengenal pasti lokasi selamat serta kaedah menyelamatkan diri ketika bencana berlaku selain menyifatkan program ini sebagai pemangkin kerjasama erat antara agensi dan masyarakat.
Seramai 136 peserta termasuk agensi kerajaan, sukarelawan dan penduduk kampung terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk simulasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan dan pertolongan cemas di dalam air.
-FN-