
Laporan/foto: Siti Rahimah Ajis (Sarawak)
JULAU, 4 Julai (MalaysiaAktif)– Semangat gaya hidup sihat semakin membara dalam kalangan komuniti rumah panjang apabila mereka tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Cabaran Jom Fit, Jom Sihat Julau & Pakan 2025 yang bakal berlangsung mulai esok sehingga 4 Oktober ini.

Petugas program, Oscar, turun padang mengedarkan borang penyertaan kepada penduduk rumah panjang.
Penyertaan daripada penduduk amat memberangsangkan dengan ramai melihat program berkenaan bukan sekadar usaha menurunkan berat badan, malah sebagai inisiatif menyatukan komuniti melalui aktiviti sihat dan positif.

Victoria mengisi borang penyertaan dengan bimbingan petugas program, Siti (berbaju kurung).
Menurut Victoria Bremas, 27, program itu memberi motivasi untuk kekal sihat dan cergas bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga.
Timbangan pertama peserta program akan dijalankan pada Sabtu, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari di Klinik Kesihatan Julau dan Pakan.

Oscar memberi penerangan tentang syarat penyertaan kepada komuniti rumah panjang.
Antara syarat penyertaan ialah peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, berat badan tidak kurang 55 kilogram, merupakan pengundi atau bekerja di Parlimen Julau, sihat tubuh badan, tidak mengandung serta tidak menghidap penyakit kronik.
Yuran penyertaan hanyalah RM30.
Dengan semangat dan penglibatan aktif masyarakat rumah panjang, program berkenaan dijangka berlangsung meriah dan mampu mencetuskan gelombang kesedaran kesihatan yang lebih luas dalam kalangan masyarakat di Julau.
-RJ-