
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/ Khairul Amir Jamal (MKN Perak)
KUALA SEPETANG, 7 Jul (MalaysiaAktif) – Program Santuni MADANI Kampung Menteri yang diadakan di Padang Awam Kampung Menteri, di sini kelmarin merupakan usaha dan inisiatif pihak kerajaan untuk mendekati masyarakat setempat.
Pengarah Keselamatan Negeri Perak Mohd Zawawi Zakaria, berkata objektif utama untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam selain penerangan berkenaan inisiatif Santuni MADANI.

Sukaneka bersama masyarakat setempat memeriahkan program.
Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Fizry Azmier Salehuddin, menyokong penuh program dan aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan seperti program seperti ini terutama mendorong dalam kesedaran keselamatan.
“Demi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan agensi-agensi keselamatan, menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan dan kesejahteraan komuniti secara langsung kepada penduduk setempat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), COMBI dan pelbagai lagi agensi dan jabatan yang terlibat,” ujarnya.
Antara yang menarik perhatian adalah pameran haiwan eksotik oleh APM. Pengunjung telah diberikan pendedahan tentang cara-cara berhadapan dengan ular sebelum pihak APM hadir ke premis kediaman untuk menangkap haiwan tersebut.

Demonstasi oleh pihak APM dalam berhadapan dengan haiwan eksotik.
Selain itu, pengunjung turut diberikan pendidikan tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar demi kelestarian dan keseimbangan alam untuk genarasi akan datang.
Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam program tersebut dapat mendedahkan pengunjung kepada kesedaran mengenai peranan jabatan kerajaan seperti APM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam memastikan keselamatan negara dan orang awam terjamin.
Turut hadir Penghulu Mukim Matang Nasaruddin Mawi, Pengerusi Alumni 4B (M) Negeri Perak Mohd Kamaruddin Abu Bakar, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselalamatan Kamoung (JPKK) Kampung Menteri Mohd Tahir Mohd Riduan.
-FN-