Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SAR, Maahad Tahfiz Perak Lalui Pemutihan Kelulusan Bangunan

By 6 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Unit Korporat SUK Perak

SELAMA, 7 Jul (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam memastikan pematuhan undang-undang pembangunan dapat diterapkan bagi tujuan penambahbaikkan premis dalam kelulusan perancangan, pematuhan keterjaminan keselamatan dan kesejahteraan penghuni.

Menurut unit Koporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Unit Korporat SUK Perak), langkah proaktif ini mula diambil dengan pelaksanaan Program Pemutihan Kelulusan Bangunan Institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz Negeri Perak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Negeri Perak Datuk Nor Sham Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Datuk Nor Sham Rahman, negeri Perak merupakan negeri yang pesat dalam pembangunan institusi pendidikan Islam.

“Berdasarkan bancian Jawatankuasa Pendidikan Tahfiq Negeri Perak, terdapat 96 buah Maahad Tahfiz di seluruh negeri ini, di mana hanya lima buah adalah milik kerajaan manakala 91 buah lagi adalah institusi swasta.

Sesi soal jawab ketika taklimat bagi Program Pemutihan Kelulusan Bangunan Institusi Sekolah Agama Rakyat/Maahad Tahfiz di Negeri Perak

“Justeru, kebenaran merancang dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) termasuk kelulusan menduduki daripada pihak Bomba adalah keperluan mutlak yang tidak boleh dikompromi,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Dewan Majlis Daerah Selama, Permai 2 di sini, kelmarin.

Tambah Datuk Nor Sham lagi, usaha ini perlu diangkat sebagai Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Negeri Perak bagi inisiatif kerajaan dalam menyemak dan menambah baik peraturan serta proses birokrasi dengan tidak membelakangkan perundangan sedia ada supaya kelihatan lebih telus, cekap dam berkesan.

Selain itu, bagi memberikan manfaat yang terbaik kepada rakyat, Kerajaan Negeri Perak ingin menggunakan pendekatan Amalan Baik Peraturan (GRP) dalam mengurangkan halangan yang tidak wajar terlaksana.

“Saya juga ingin mencadangkan agar hasrat pemutihan institusi pendidikan agama ini menjadi satu agenda bagi mana-mana portfolio yang bersesuaian di Bawah Sejahtera Sosial bagi Pelan Perak Sejahtera 2030,” ujarnya.

Program ini turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Perak, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) Negeri Perak, PLANMalaysia@Perak serta Jawatankuasa Pengelola Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz.

-AA-

Tinggalkan komen anda