
Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Selangor)
SHAH ALAM, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Kerajaan Selangor menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kebakaran insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang berlaku pada 1 April lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai pelbagai agensi termasuk wakil kerajaan negeri, Persekutuan dan badan berkaitan seperti Petronas bagi meneliti hasil siasatan dan merangka cadangan undang-undang dan langkah pencegahan jangka panjang.

Hussien mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Menurutnya, langkah itu diambil oleh pihak kerajaan sama ada daripada aspek perundangan, tindakan susulan atau perkara-perkara lain yang relevan.
“Siasatan dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu diketuai Ketua Polis Selangor bagi menyiasat elemen kecuaian atau perbuatan jenayah.
“Satu lagi siasatan oleh Pasukan Petronas bersama agensi teknikal lain bagi menyiasat punca dari sudut teknikal,” katanya pada sidang media Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights di Wisma Dewan Annexe, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini semalam.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati tiada bukti menunjukkan kejadian disebabkan perbuatan sabotaj atau kelalaian jenayah oleh mana-mana pihak.
“Setakat ini, tiada sebarang unsur khianat dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan seterusnya membawa kepada letupan,” katanya.
Katanya, siasatan telah dijalankan melibatkan pengambilan pelbagai sampel serta rakaman keterangan daripada 212 individu, termasuk mangsa, pihak pemaju, kontraktor dan saksi bebas.
Dalam sidang media yang sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) Husdin Che Amat, berkata keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, pada 1 April lalu.

Husdin berkata keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, pada 1 April lalu.
“Hasil siasatan mendapati paip gas tersebut memenuhi semua spesifikasi teknikal yang ditetapkan, namun bahagian bawah paip didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah dan satu keadaan yang menyebabkan paip berada dalam keadaan unsupported segment di atas tanah yang lembut dan lembap.
“Keadaan ini menyebabkan pergerakan berulang pada paip (cyclic loading), menghasilkan tekanan berulang (stress lines) dan garis keletihan (fatigue striations) yang akhirnya membawa kepada kegagalan fizikal (physical failure). Kegagalan paip ini bukan berpunca daripada sebarang aktiviti pembinaan di permukaan tanah, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan struktur tanah di bawah paip itu sendiri yang tidak mampu menampung berat dan tekanan paip dalam jangka masa panjang,” katanya.
-FN-