Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sembang Santai JIWA@Komuniti MADANI Perkukuh Penyampaian Maklumat di Tumpat

By 8 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sanusi Hassan

TUMPAT, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Pendekatan mesra rakyat menjadi keutamaan dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat di peringkat akar umbi apabila Komuniti MADANI Kutan menganjurkan program JIWA@Komuniti MADANI di Dewan Kedai Roti Tempayan, Bulatan Pasir Pekan, di sini kelmarin.

Ucapan dari Ketua Komuniti MADANI Kutan.

Program berkonsepkan sembang santai itu berjaya menghimpunkan lebih 60 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Kutan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kutan dan Kampung Baru Pasir Pekan serta penduduk sekitar.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kutan Wan Mat Sin Wan Sulaiman, inisiatif seperti ini penting bagi memastikan setiap ahli jawatankuasa bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat sahih serta berperanan aktif membanteras penularan berita palsu di peringkat komuniti.

“Tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa, malah masyarakat juga perlu peka dan menjadi saluran maklumat yang betul untuk kebaikan bersama,” katanya.

Peserta yang hadir ke program sembang santai.

Pegawai Penerangan Daerah Tumpat, Sanusi Hassan turut berkongsi pandangan dalam sesi tersebut dengan menekankan peranan Komuniti MADANI dalam memupuk semangat patriotik dan perpaduan berteraskan prinsip Rukun Negara.

“Selain menyampaikan maklumat tepat, kita juga mahu semangat cintakan negara, keharmonian dan perpaduan terus diperkasa dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Program ini turut menjadi platform memperkukuh komunikasi dua hala antara agensi kerajaan dan komuniti, sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada mereka.

-FN-

Tinggalkan komen anda