Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Senamrobik Simbol Perpaduan, Gaya Hidup Sihat

By 53 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Aula Nik Soh

KUALA KRAI, 4 Jul (MalaysiaAktif) – Setiap pagi kecuali hari Jumaat, Taman Chintawangsa di sini tidak pernah sunyi daripada alunan muzik rancak dan gerakan bertenaga.

Aktiviti senamrobik anjuran Team J Erobik bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi platform memupuk budaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti setempat.

Sebahagian peserta Team J Erobics Kuala Krai.

Lebih 50 peserta pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Siam menyertai aktiviti ini yang diadakan dari pukul 7.00 hingga 8.15 pagi dan kemeriahan bertambah pada hujung minggu dengan kehadiran lebih ramai peserta dan aktiviti yang lebih berwarna-warni.

Pengasas Team J Erobik Toh Cheok Sian, 68, yang mesra digelar ‘Iron Woman’, merupakan individu di sebalik kejayaan kumpulan ini.

Berpengalaman lebih empat tahun dalam bidang senamrobik, beliau komited memimpin sesi harian dengan semangat tinggi.

Toh, yang juga seorang peniaga, percaya aktiviti ini bukan sekadar senaman, tetapi ruang untuk mempererat silaturahim.

Pengasas Team J, Toh Cheok Sian (kiri) dan Pembantu Zahari Yaacob (kanan).

“Senamrobik memberi manfaat besar kepada kesihatan fizikal dan mental. Lebih penting, ia merapatkan hubungan antara komuniti.

“Kami sentiasa raikan musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Kebangsaan bersama-sama. Inilah kekuatan kami,” katanya, di sini kelmarin.

Turut membantu menguruskan aktiviti harian ialah pesara kerajaan Zahari Yaacob, 64,  yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran program.

Kumpulan ini bukan sekadar dikenali sebagai pencetus semangat hidup sihat, malah menjadi simbol perpaduan di Kuala Krai. Melalui inisiatif ini, masyarakat setempat dapat bersosial secara sihat sambil mengamalkan gaya hidup aktif.

Team J Erobik dilihat sebagai contoh terbaik bagaimana aktiviti riadah mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan, kebahagiaan dan keharmonian masyarakat pelbagai latar belakang.

-FN-

Tinggalkan komen anda