Skip to main content
Home

Syarikat Bumiputera Pertama Tubuh Pusat Kawalan Kecemasan

By 22 Januari 2016Januari 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd. Anuar Bin Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPIR, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Professional Loss Control (PLC) Group menjadi syarikat bumiputera pertama yang berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kecemasan Emergency Control Centre (ECC) di Malaysia.

ECC Kuala Lumpur ini akan dihubungkan dengan ECC di Aberdeen, Scotland dan seterusnya ke bandar raya utama dunia yang lain.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Haji Ibrahim, ECC merupakan satu keperluan keselamatan kebakaran masa ini dalam industri minyak dan gas negara.

ECC bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat dan golongan industri, tetapi juga memudahkan agensi kecemasan dan pihak berkuasa dalam mendapatkan maklumat terkini tentang kes kecemasan yang berlaku.

Tambahnya, menerusi Akta Perkhidmatan Bomba 1988, ECC diperlukan bagi setiap “Premis Ditetapkan” yang buat masa ini hanya tertumpu kepada bangunan dan industri (pepasangan) di darat.

Penubuhan ECC ini lebih menjurus ke arah bahagian pengurusan, bantuan dan sokongan kecemasan yang merupakan satu tindakan yang amat baik dilaksanakan oleh PLC Group dalam membantu pihak berkuasa tempatan.

Beliau ditemui dalam Majlis Perasmian Pusat Kawalan Kecemasan yang berlangsung di tingkat 5 Dewan Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng hari ini.

Dalam majlis itu juga penghargaan diberikan kepada PLC Group yang merupakan syarikat multinasional kerana berjaya mengharungi cabaran dalam penubuhan ECC yang memerlukan penelitian dalam pengurusan, bantuan dan sokongan yang melibatkan kompleksiti operasi luar pantai dan operasi bahaya kemalangan besar.

 

Tinggalkan komen anda