
Laporan/Foto: Mohd Shaharudin Bin Suratman (Seremban)
SEREMBAN, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Politeknik Nilai telah berkolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah dan Yayasan Hubbul Quran menubuhkan sukarelawan yang dikenali SKUAD Banjir PNS.
SKUAD ini berperanan menyelaras operasi bantuan pasca banjir bagi membantu kakitangan, pelajar dan komuniti setempat dengan memberi bantuan keperluan barangan asas seperti barangan elektrik, makanan, bantuan kewangan dan tenaga kerja.
Antara lokasi yang telah di beri bantuan oleh SKUAD ini adalah Taman Langat Mewah, Labu Lanjut, Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Taman Meru Aman, Klang, Seksyen 24, Shah Alam, Kg. Changgang, Banting dan Kampung Spang Loi, Segamat.
-ZS-