Skip to main content
Berita TempatanPulau PinangViral

Pelumba Astana Pro Andrea Guardini Kekalkan Jersi Kuning

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Mohd Shahrizan Shahabudin & Shamsul Bahari Abdul Shukor (Georgetown)

GEORGETOWN, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini semalam berjaya mengekalkan Jersi Kuning pada peringkat dua perlumbaan Le Tour de Langkawi Malaysia (LTdL) 2016 yang bermula di Sungai Petani, Kedah dan berakhir di sini.

Mencatatkan masa keseluruhan 8 jam 11 minit 43 saat, Guardini menewaskan Andrea Palini daripada pasukan Skydive Dubai yang menduduki tangga kedua secara keseluruhan dengan dua saat di hadapan.

Namun Guardini yang menjuarai peringkat pertama LTdL terpaksa akur di tempat kedua dalam peringkat dua LTdL, apa tewas kepada Palini yang mencatat 3 jam 56 minit 2 saat. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelumba Dimension Data, Reinardt JV Rensburg yang menyaksikan perlumbaan sengit dalam kelompok kumpulan pertama.

Turut mencuri tumpuan, pelumba dari China, Wang Meiyin daripada Hengxiang Cycling Team yang telah merangkul tiga gelaran pada perlumbaan peringkat dua LTdL. Meiyin telah memenangi jersi biru bagi gelaran Raja Pecut, jersi polka dot merah bagi gelaran Raja Bukit dan juga jersi putih untuk Pelumba Terbaik Asia.

Kali terakhir perlumbaan LTdL diadakan di Pulau Pinang adalah pada 1999.

 

Tinggalkan komen anda