Skip to main content
Berita TempatanKuala Lumpur

Pasar Chow Kit Jadi Tumpuan Warga Kota Menjelang Aidilfitri

By 19 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur) 

KUALA LUMPUR, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Menjelang 1 Syawal 1444H, Pasar Jalan Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit di ibu kota diserbu orang ramai untuk persiapan akhir sebelum menyambut Aidilfitri.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati Pasar Chow Kit dibanjiri warga Kuala Lumpur untuk membeli pelbagai barangan keperluan untuk dimasak sebagai hidangan istimewa pada pagi raya.

Kebanyakkan pengunjung dilihat membeli barangan basah seperti ayam dan daging untuk dimasak rendang selain kelengkapan membuat ketupat seperti daun palas dan daun kelapa juga mendapat permintaan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar, pihaknya melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tempohnya di pasar-pasar sekitar Kuala Lumpur.

“Kami sudah melakukan pemeriksaan terhadap 286 premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur sejak pelaksanaan skim itu. Kebiasaannya kami melakukan pemeriksaan lebih kurang 100 premis perniagaan sehari dan akan mengeluarkan kenyataan pemeriksaan sebagai rekod selain memberi teguran serta amaran terlebih dahulu kepada peniaga yang gagal mematuhi prosedur sebelum mengambil tindakan tegas.

“Di samping tinjau penetapan harga dan tanda merah jambu pada barang kawalan, kami juga turut memeriksa penentusahan alat timbang sukat dan memastikan peniaga tidak menjual melebihi harga maksimum,” ulas Nurul Syarina mengenai pelaksanaan SHMMP di peringkat Kuala Lumpur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda