
Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)
ALOR SETAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) Madani satu pemangkin ke arah membantu rakyat menikmati kadar harga yang berpatutan daripada pemborong.
Seawal pukul 9.00 pagi, PJR Madani yang diadakan di Tapak Mada Tajar, Alor Binjal, di sini semalam telah dikunjungi orang ramai dalam kalangan masyarakat setempat.

Pengunjung boleh membeli barang keperluan harian dengan harga yang berpatutan.
Usaha membuka kiosk ini merupakan insentif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama pemborong yang dilantik serta penglibatan masyarakat sekeliling membantu merancakkan lagi program ini.
Rata-rata pengunjung yang ditemui merasa sangat gembira serta berpuas hati dengan kadar harga yang sangat berpatutan dan lebih rendah berbanding di tempat.
Pengunjung Mohd Firdaus Mehat, 51, saya berharap program ini dapat diadakan secara berkala seperti pekan sehari.

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa menikamati harga murah di Program Jualan Rahmah Madani.
“Program ini amat membantu dan memberi impak positif kepada pengguna dan juga kerajaan.
“Ia merupakan satu ruang dan peluang bagi setiap pemimpin tempatan bersama-sama mendekati rakyat dengan pelbagai acara sampingan yang menarik,” katanya.
-ZS-