Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tuah Belanja RM20 Bawa Pulang Sebuah Motorsikal

By 14 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Hanya berbelanja RM20 di Pasar Tani Kekal, Chukai membawa rezeki kepada seorang pemuda dan membawa pulang sebuah motorsikal berjenama Modenas KARISMA 125S yang berharga hampir RM6,000.

Faisal Iswardi menyempurnakan gimik perasmian program.

Muhammad Zain Yaakub, 21, yang bekerja di Pasar Tani Kekal Chukai menjadi pemenang cabutan bertuah hadiah utama sempena Program Agro Madani @Pasar Tani Kekal Chukai, di sini semalam.

“Saya masih lagi terkejut dan tidak percaya memenangi hadiah yang sebesar ini setelah berbelanja di pasar ini dengan menggunakan kaedah tanpa tunai atau Program Go Cashless anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.

“Saya sangat teruja serta bersyukur dengan kemenangan tersebut dan akan menggunakan motosikal ini untuk berulang-alik ke tempat kerja,” katanya ketika ditemui.

Sebahagian pengunjung yang hadir pada program tersebut.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Faisal Iswardi Ismail yang merasmikan program dan Pengarah FAMA Terengganu Muhamad Fadlee Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda