Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perpaduan Penting dalam Membina Negara Malaysia

By 1 Julai 2024Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra  Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah perpaduan merupakan nilai amat yang penting dalam membina negara Malaysia, seterusnya memastikan keharmonian di dalam kepelbagaian budaya.

Baginda berdua berkenan mencemar duli bergambar kenangan bersama penari yang memakai pakaian eknik Sabah dan Sarawak.

“Semangat ini dapat memastikan pencapaian cita-cita yang lebih tinggi. Gabungan antara perpaduan yang hebat dan kemajuan yang berjaya adalah dua tonggak penting dalam membentuk semangat cintakan negara dalam dalam kalangan rakyat.

“Ia juga dapat membangkitkan semangat cintakan negara melalui usaha dan kerjasama pelbagai kaum tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit, negeri asal mahupun ideologi politik dalam menjalankan kerja-kerja amal serta sukarela.

Baginda bertitah demikian di Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Laman Brasmana Kuala Perlis, dekat sini semalam.

Turut berangkat hadir Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Titah baginda lagi, Sambutan Minggu Perpaduan ini penting kerana ia menyemarakkan semangat patriotik, taat setia dan cintakan negara dengan memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Memupuk amalan bertoleransi serta saling menghormati antara satu sama lain melalui pelbagai medium termasuklah dialog antara agama, forum kebudayaan dan acara-acara integrasi,” titah baginda.

Orang ramai hadir di Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis yang di adakan di Laman Brasmana Kuala Perlis.

Pemangku Raja Perlis turut berharap  agar Rakyat Malaysia terutama rakyat negeri  Perlis dapat terus hidup harmoni, muhibah dan toleransi dalam suasana perpaduan dan integrasi kerana ianya tidak akan membuatkan kita hilang identiti.

“Perpaduan memerlukan keikhlasan dalam kita sama-sama menikmati pembangunan negara tanpa sebarang perasaan syak wasangka.

“Kita perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang juga merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan negara kita daripada sebarang ancaman perbalahan dan perpecahan,” titah baginda.

Menurut baginda lagi majlis yang diadakan dapat menzahirkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit, negeri asal mahupun ideologi politik dalam menjalankan kerja-kerja amal serta sukarela.

“Amalan toleransi adalah merupakan nilai amat yang penting dalam membina negara Malaysia, seterusnya memastikan keharmonian di dalam kepelbagaian budaya.

“Gabungan antara perpaduan yang hebat dan kemajuan yang berjaya adalah dua tonggak penting dalam membentuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda