Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

AADK Pekan Laksanakan Program Psikospritual kepada 50 Klien

By 25 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/AADK

PEKAN , 25 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan mengadakan kerjasama bersama Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan bagi melaksanakan Program Psikospiritual dan Kesihatan kepada 50 orang klien Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) di rumah komuniti AADK Pekan, di sini semalam.

Pemeriksaan kesihatan kepada klien AADK.

Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kepentingan kehidupan beragama di samping menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Pihak AADK Daerah Pekan berharap klien dapat meningkatkan keazaman dan motivasi diri yang tinggi dalam mengekalkan proses kepulihan dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak agar mereka kembali berfungsi ke dalam masyarakat,” kata Pegawai AADK Pekan Mohd Aminuddin Saad.

Antara klien yang hadir.

Dalam program berkenaan, kelas bimbingan agama disampaikan oleh Penolong Pegawai Bahagian Fatwa Ustaz Nor Azfarizam Md Anuar manakala pemeriksaan kesihatan dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pekan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Nizamuddin Abu Bakar bersama Drugs Intervention Community (DIC) Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda