Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Etnik Minoriti Pelengkap Kepelbagaian Kaum Menjadikan Malaysia Unik di Mata Dunia

By 27 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian kumpulan etnik minoriti yang berbeza seperti Orang Asli, Sikh, Portugis, Siam, Chetti dan lain-lain menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup unik di dunia.

“Terdapat lebih dari 100 etnik yang berbeza keturunan, kepercayaan, amalan, adat resam serta  agama telah meletakkan Malaysia sebuah negara yang cukup unik di dunia.

Persembahan Joget Malaysia sebagai penutup tirai majlis perasmian.

“Ditambah pula dengan semangat penyatuan, persefahaman, toleransi serta kerjasama dalam kepelbagaian yang ada ini turut menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni,” ujar Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohamed Taufiq Johari semasa menyampaikan ucapan perasmian Karnival Penyatuan Integrasi Kaum Minoriti Malaysia Zon Utara di Mydin Taman Batik, di sini semalam.

Dr. Mohamed Taufiq turut berharap agar masyarakat tidak mudah percaya dengan fitnah sesetengah pihak untuk memburuk-buruk kerajaan yang sekali gus memusnahkan perpaduan yang dikecapi.

Orang Asli Semai turut mengadakan persembahan.

“Golongan minoriti di negara ini tidak pernah dipinggirkan malah turut mendapat pelbagai keistimewaan seperti kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mengeadakan pameran serta jualan produk pelbagai etnik serta diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam, Baba dan Nyonya dan Orang Asli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda