
Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul
ROMPIN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Pahang memulakan kembara di bumi Pahang, hari ini.

Penyampaian bendera dan plak daripada Pengarah JAPEN Johor kepada Pengarah JAPEN Pahang sebagai gimik penyerahan
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang Cik Kazidi Mohd Zainuddin berkata, konvoi yang tiba dari Segamat, Johor disambut di Felda Keratong 3, Muadzam Shah.
âSeramai 40 peserta KMJG Negeri Pahang dari JAPEN Pahang dan agensi-agensi yang terlibat antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Khidmat Pengurusan, Kerajaan Negeri Pahang seta sebanyak 9 motorsikal dari Kelab SVOCM Suzuki Vstrom Ownerâs Malaysia Negeri Pahang menyertai kembara tahun ini,” katanya yang turut mengalu-alukan kehadiran anggota konvoi dari Kuala Lumpur.

Peserta konvoi bergambar kenangan dengan komuniti setempat
Pada program kembara tahun ini, Kelab SVOCM Suzuki Vstorm Ownerâs Malaysia merupakan rakan strategik yang menyertai KMJG 2024 yang telah memulakan perjalanan pada 21 Julai lalu.
-AA-