Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Taklimat Kesedaran ATIPSOM Beri Pendedahan kepada Nelayan

By 27 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Amsyar/Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 40 nelayan dari daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk mengikuti taklimat Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) di Bangunan Gunasama Persekutuan, di sini, kelmarin.

ASP Ramesh Nagayah ketika memberi taklimat

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman golongan nelayan mengenai isu berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak ASP Ramesh Nagayah berkata, pendedahan sebegini amat penting kerana usaha mengurangkan masalah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ini adalah tanggungjawab bersama dan tidak hanya tertumpu kepada agensi penguatkuasaan.

Risalah mengenai pemerdagangan manusia diedarkan kepada peserta

“Orang yang diperdagang biasanya akan menjadi mangsa penghambaan dan mereka ini berisiko untuk tercedera seterusnya menderita hingga boleh membawa kepada kematian.

“Oleh itu, penyebaran informasi berkenaan ATIPSOM perlu berterusan agar dapat membantu mengatasi isu ini seterusnya mencegah rakyat daripada terus menjadi mangsa,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda