Skip to main content
Berita TempatanSabah

Karnival Suria Kumpul Lebih 100 Ribu

By 1 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Asmidar Zainol & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Jun (Malaysiaktif) –? Sebanyak RM118,210 berjaya dikumpul hasil sumbangan syarikat dan individu perseorangan serta hasil jualan kupon kutipan dana Yayasan Kebajikan Suria (YKS) menerusi Karnival Suria 2016.

Karnival tiga hari anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan YKS itu bertujuan mengumpul dana bagi membina bangunan baharu yayasan tersebut yang bakal dilengkapi asrama pelajar, pusat tahfiz dan pusat aktiviti komuniti setempat di Daerah Tuaran.

Lebih 7,000 pengunjung bersama keluarga hadir untuk beriadah sambil beramal dan majlis perasmian penutupan disempurnakan Pengerusi Eksekutif YKS, Datuk Hajah Raya Erom, di Kompleks Sukan Likas dekat sini, pada Isnin.

Pada majlis itu, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, Johan Bintang RTM, Rosario Ninih Chamini Bianis dan Bintang Akademi Fantasia Musim Kelima, Ebi Kornelis.image
Sementara itu, pengunjung bertuah, Baror @ Baharul Sawi pula diumumkan sebagai penerima hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Axia.

Program yang bermula Jumaat lalu, dimeriahkan dengan Kayuhan Karnival Suria, Pameran Kereta dan Motosikal (Autoshow), Konsert Titian Mesra RTM, Suria Kids Charity Run, Sukan Rakyat, Pameran dan Jualan Produk, Aktiviti Interaktif, Pertandingan Bintang 1Malaysia dan Zumba bersama Zin Cha-cha Garza.

SF

 

Tinggalkan komen anda