
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
SUNGAI BESAR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Memandangkan Isnin bermulanya bulan Ramadan, peniaga yang mempunyai lesen bazar dinasihatkan agar tidak sesekali menjualnya kepada pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia.
Demikian kata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said ketika merasmikan penutupan Kayuhan Cinta Malaysia Ambang Ramadan (Fun & Ride) di Sekolah Rendah Sungai Limau, di sini tengah hari tadi.
Tambahnya, masyarakat majmuk di Malaysia perlu menekankan kesyukuran dari aspek ukuran kejayaan dalam dan luar bandar.
“Saya orang Johor-Arab-Bugis, saya pemimpin Felda. 70% dapat duit Felda, rumah. Setiap kali solat raya masjid penuh, ada yang solat sampai luar masjid.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad program Kayuhan Cinta Ambang Ramadan sejauh 19km itu melintasi tiga pusat daerah mengundi di sekitar Sungai Besar.
Seramai 40 peserta yang berusia 16 tahun hingga 60 tahun telah dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pada 8.30 pagi tadi.
Peserta paling tua, Saad Haji Hassan, 60, dari Klang, berkata pemandangan cantik di kawasan Sungai Besar dengan, jalan tidak sibuk dan laluan tidak berbukit cukup menyenangkannya.
Saad yang merupakan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia, memilih untuk menyertai program ini untuk beriadah, menambah kawan selain mengisi masa lapang.
“Sejak muda, saya sering menyertai aktiviti sukan, seperti Fit Malaysia di Putrajaya dan Kuala Kangsar,” katanya yang juga merupakan datuk kepada tiga cucu.