Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sistem Perpustakaan Berpusat dan Aplikasi iPOLYCC Manfaatkan 100,000 Pengguna

By 7 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/PUO

IPOH, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna.

Rumzi ketika berucap.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Muhamad Rumzi Mamat, ini adalah langkah signifikan dalam memperkukuh agenda pendigitalan dan kesediaan POLYCC untuk menghadapi cabaran masa depan sekaligus memacu kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

“Usaha memperkasa transformasi digital sektor TVET ini selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

“Sistem yang dibangunkan menggunakan sistem sumber terbuka KOHA adalah langkah strategik ke arah mewujudkan perpustakaan digital yang inklusif dan mampan.

Rumzi menyempurnakan gimik peluncuran sistem.

“Sistem ini memberikan kemudahan carian bahan bacaan, akses kepada repositori kandungan tempatan di samping memperkasakan budaya digitalisasi,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis peluncuran sistem di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini semalam.

Tambah Rumzi, Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC yang turut dilancarkan adalah perisian terkini pengurusan data secara ‘real-time’ (masa sebenar) berkaitan POLYCC yang menyediakan maklumat terkini institusi seperti bilangan pelajar, statistik kakitangan serta data pengurusan institusi secara komprehensif.

Peluncuran kedua-dua sistem ini bakal memberi manfaat kepada warga POLYCC dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta melestarikan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda