Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Projek SejaTi MADANI Menjana Pendapatan Komuniti

By 14 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Muhammad Fariq Kamarudin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 14 Jan (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Rengit Utara menyahut seruan kerajaan untuk turut serta melaksanakan Program SejaTi MADANI dengan memulakan projek ternakan lembu dalam kandang sebanyak 25 ekor.

Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat, Musliha Yusof ketika menemu ramah Ketua Komuniti MADANI Rengit Utara, Jamaludin Ahmad di kandang ternakan lembu di Kampung Sungai Jambi, Batu Pahat

Ketua Komuniti MADANI Rengit Utara Jamaludin Ahmad, berkata ternakan lembu akan mula dijual seawal bulan Jun 2025 iaitu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan harga RM6,000 dan kebawah bagi setiap seekor.

Sebanyak 25 ekor lembu akan mula dijual pada bulan Jun tahun ini

”Setiap pembelian seekor lembu juga pembeli akan diberikan RM100 untuk disedekahkan kepada tabung surau dan masjid dan saya menjemput orang ramai untuk datang melawat ke ladang ternakan kami ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Jambi, di sini kelmarin.

Tambah Jamaludin, Komuniti MADANI Rengit Utara berhasrat untuk memberikan sumbangan bantuan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri apabila projek ternakan ini menghasilkan keuntungan.

”Pada tahun hadapan kami berhasrat untuk memohon lagi peruntukan sama agar dapat membuat jualan lembu secara dua sesi iaitu jualan lembu betina sempena Hari Raya Aidilfitri dan lembu jantan sempena Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana telah memulakan projek SejaTi MADANI yang mampu memberikan pulangan yang baik kepada komuniti dan masyarakat.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda