
Laporan/foto: Fatin Nabila/Muhamad Azrul (Alor Setar/Padang Terap)
PADANG TERAP, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Sebanyak 300 peserta menanam pelbagai jenis pokok sempena pelancaran Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kompartmen 42, Hutan Simpan Pedu, di sini semalam.

Penerangan oleh pengarah jabatan perhutanan negeri Kedah, Muhamad Abdullah berkenaan spesies pokok yang ditanam di kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu.
Program anjuran oleh Jemaah Datuk Negeri Kedah dengan kerjasama oleh Jabatan Hutan Negeri Kedah dan Pejabat Daerah Padang Terap menjadi tuan rumah bagi pelancaran program ini.
“Program ini merupakan cetusan idea Tuanku Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya Jemaah Datuk negeri Kedah bekerjasama dengan Agensi Persekutuan, Negeri dan syarikat swasta serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi menjaga kelestarian alam sekitar dan dan ekosistem di negeri kedah,” ujar Naib Presiden 1, Jemaah Datuk Negeri Kedah, Datuk Paduka Haji Bakar Din.
Sebanyak 2.2 juta pokok disasarkan untuk di tanam dari tahun 2025 sehingga 2030 dengan signifikan dengan bilangan jumlah penduduk negeri Kedah.

Sesi bergambar bersama peserta yg terlibat.
Dalam majlis ini, Sultan Kedah turut berkenan menanam pokok tampoi sebelum menjadi individu pertama yang mendaftar dalam Portal Jutaan Pokok yang dibangunkan bagi merekodkan jumlah pokok ditanam dalam projek tersebut.
-ZS-