
Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud
TUMPAT, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Kemajuan dalam sektor pertanian semakin berkembang dengan penggunaan teknologi moden yang lebih efisien dan menjimatkan kos.
“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi oleh golongan petani,” kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Khalid Abdul Samad.

Khalid mencuba pengisian dan pengendalian dron.
Khalid, berkata demikian dalam sesi bertemu petani tempatan semasa mengadakan lawatan kerja ke kawasan pertanian, di sini semalam.
“Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, termasuk program SejaTi MADANI bagi membantu masyarakat desa mengatasi cabaran dalam sektor pertanian dan membuka peluang pekerjaan baharu.
“Pemerkasaan tanah-tanah terbiar untuk pertanian menjadi keutamaan kerajaan menerusi bantuan agensi berkaitan teknologi moden kita dapat meningkatkan hasil pertanian serta menjana pendapatan yang lebih baik untuk petani,” katanya.
Menurutnya lagi, golongan muda perlu lebih berminat dalam bidang pertanian kerana penggunaan peralatan canggih seperti dron dan mesin penanam anak padi mampu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan beban kerja berbanding kaedah manual.

Antara petani petani yang hadir bersama pemimpin tempatan lawatan di Kuala Jambu dan Telok Jering Tumpat.
Sementara itu, seorang petani tempatan, Abdullah Mat Yusof, 62, turut berkongsi pengalaman mengenai manfaat teknologi ini.
“Dengan adanya dron dan mesin penanam anak padi, kerja-kerja penanaman menjadi lebih pantas dan menjimatkan kos.
“Terima kasih kepada Sejati Madani dan Khalid atas bantuan ini,” katanya.
Majlis perasmian SejaTi MADANI Mukim Tebing Pengkalan Kubor turut menyaksikan penyerahan dron dan mesin penanam anak padi kepada petani.
-ZS-